This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Sunday, May 2, 2010

Afiq love susu ibu..:-)



Afiq dan susu ibu???

Dari time sue tgh ngandungkan anak aku lagi aku da cakap kt sue, anak kami mesti dapat susu ibu sepenuhnya...

Aku sebolehnya tak nak ada unsur-unsur susu lain selain susu ibu (korang paham la kan maksud aku tu..huhu) sebab nk menyahut seruan kementerian kesihatan kita..(kononnya rakyat yang prihatin la yer..:p)

Tak der la, ni memang kesedaran yang muncul dari dalam diri aku sendiri..(sebab sll dgr ceramah agama kt radio Kedah..hehe)

``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.

Kenapa aku pentingkan penyusuan ibu untuk Afiq???

Untuk Afiq;


* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif). * Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi * Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991) * Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan * Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit. * Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa * Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi * Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang * Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

For my wife a.k.a mama Afiq:

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari * mengelakkan pendarahan selepas bersalin * Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi * Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim * Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak * Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Banyak kelebihan kan susu ibu ni..

Ada gak sebab aku x bagi sue galakkan anak aku minum susu formula ni..salah satunya sebab sumber dari haiwan..huhu..

( ada ustaz cakap dalam ceramahnya, kenapa umat zaman sekarang berperangai seperti binatang?? Jawabnya: ada unsur binatang dalam dirinya (maksudnya susu binatang) renungkanlah..:-)

  • Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
  • Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
  • Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
  • Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
  • Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
  • Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.

Walaupun sue skrg da nk start kja, tu bukan alasan untuk hentikan penyusuan ibu...

Zaman da canggih sekarang, banyak alat yg memudahkan kita.. salah satunya peti ais dan pam susu..

Why peti ais????

Sebabnya, bila dah perah susu tu kena la simpan dalam peti ais untuk panjangkan hayat susu tu..huhu

Pam susu ibu tu kt farmasi banyak..baru brapa ringgit jer..

Aku da belikan untuk sue.. so, dia x der alasan nk skip susu ibu..huhu..

Selamat menyusu anakku...huhu


sekadar gambar hiasan..


Muhammad Afiq Rayyan

Lilypie First Birthday tickers