This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Sunday, May 2, 2010

Afiq love susu ibu..:-)



Afiq dan susu ibu???

Dari time sue tgh ngandungkan anak aku lagi aku da cakap kt sue, anak kami mesti dapat susu ibu sepenuhnya...

Aku sebolehnya tak nak ada unsur-unsur susu lain selain susu ibu (korang paham la kan maksud aku tu..huhu) sebab nk menyahut seruan kementerian kesihatan kita..(kononnya rakyat yang prihatin la yer..:p)

Tak der la, ni memang kesedaran yang muncul dari dalam diri aku sendiri..(sebab sll dgr ceramah agama kt radio Kedah..hehe)

``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.

Kenapa aku pentingkan penyusuan ibu untuk Afiq???

Untuk Afiq;


* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif). * Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi * Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991) * Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan * Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit. * Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa * Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi * Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang * Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

For my wife a.k.a mama Afiq:

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari * mengelakkan pendarahan selepas bersalin * Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi * Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim * Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak * Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Banyak kelebihan kan susu ibu ni..

Ada gak sebab aku x bagi sue galakkan anak aku minum susu formula ni..salah satunya sebab sumber dari haiwan..huhu..

( ada ustaz cakap dalam ceramahnya, kenapa umat zaman sekarang berperangai seperti binatang?? Jawabnya: ada unsur binatang dalam dirinya (maksudnya susu binatang) renungkanlah..:-)

  • Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
  • Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
  • Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
  • Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
  • Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
  • Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.

Walaupun sue skrg da nk start kja, tu bukan alasan untuk hentikan penyusuan ibu...

Zaman da canggih sekarang, banyak alat yg memudahkan kita.. salah satunya peti ais dan pam susu..

Why peti ais????

Sebabnya, bila dah perah susu tu kena la simpan dalam peti ais untuk panjangkan hayat susu tu..huhu

Pam susu ibu tu kt farmasi banyak..baru brapa ringgit jer..

Aku da belikan untuk sue.. so, dia x der alasan nk skip susu ibu..huhu..

Selamat menyusu anakku...huhu


sekadar gambar hiasan..


Wednesday, April 28, 2010

Muhammad Afiq Rayyan


sehari lepas dilahirkan..

tanggal 19 Feb 2010, isteriku slmt melahirkan baby boy pada jam 06.47p.m hari jumaat..
berat dia masa baru lahir 2.9 jer..tp pipi cam sinchan..hehe..
anak ini ku namakan Muhammad Afiq Rayyan hasil prbncanganku dengan sue n my parent...
huhu...awalnya kami ingat baby girl..skali kuar punai...hehe.

majlis bercukur...
9 hari pas afiq dilahirkan tali pusatnya pun tertanggal sendiri kat umah di ewa..
apa lagi, sibuk la tok afiq nak wat kenduri bercukur...
bersemangat tol..huhu
bersamaan mjlis bercukur ni tok afiq wat gak majlis berendoi...
malam tu mama afiq pakaikan bju warna merah..rmai org ckp anak aku ni mke cm pompuan..huhu da pakai bju terang camtu lagi la diorang perasan...hehehe
tapi apa aku kisah...nnt aku ajar la dia jd lelaki sejati..




tanggal 19 mac 2010 hari jumaat gak genaplah afiq 2 bulan...

gaya macho cam abah dia..huhu
time cukup dua bulan ni g timbang berat dia bari 3.7kg...
kuat makan anak aku ni..tp bgs sebab mama dia bagi susu badan jer..
aku pun sker sebab nak menyahut seruan kementerian kesihatan yang galakkan ibu bagi susu badan...huhu (patriotik la sangat)..
sekarang ni berat afiq da 4.9...
tp x pasti la naik lagi ker x masa aku tgh tulis kt blog ni...huhu

tdo cam abah dia..hehehe
selepas pantang..
anak aku pas hbs pantang cerdik ckt...
kuat nangis merap mama dia..
asal lapar jer nangis, panas pon nangis, nak buang air besar pon nangis gak....anak sapa la ni..hehehe
tp kalau bawak kuar berjln bek plak dia..
x der nak merap sgt kcuali time lampin dia bsh jer...huhu


jgn marah yer abah letak gambar afiq yang ni..hehe


bek jer tdo klu bawak kuar berjalan..huhu


x bly pkai bju tkut panas..hehe


bersama puting kesayangan..starfish..

part paling afiq sker..mandiiiiiii....


cmey la kot yer..:-)

Sunday, April 25, 2010

blog pertamaku...

huhu..hari ni aku baru buat blog..
sj nk try test tengok..
cm best jer tengok..
boleh kongsi macam2 kan ngn orang..
huhu...syok sendiri aku ni sebab boleh wat blog sendiri tnpa ada tunjuk ajar dari sesapa...
padahal esok nk exam..
stdy pon x hbs lg..
men banyak tol la...huhu

Muhammad Afiq Rayyan

Lilypie First Birthday tickers